Pasang Coupling Pada Paip Air Masuk

Sistem akuaponik mempunyai paip paip yang perlu diselenggara dari masa ke semasa, jadi untuk memudahkan kerja ini saya pasang coupling. Coupling ini boleh didapati dari kedai peralatan logam dengan harga sekitar RM10.00 satu.


Pemasangan sangat mudah, coupling ini ada beberapa saiz dan ada yang “threaded” dan ada yang untuk mengunakan gam pvc. Pemasangan pada sistem saya tidak memerlukan gam, tetapi cukup sekadar pemasangan dengan kemas supaya tidak kebocoran.


Secara keseluruhan satu coupling, kepanjangan paip perlu dikurangkan dalam 5mm oleh kerana tambahan pada coupling ini.


Okey, lepas ini mudah sangat untuk membuat perubahan atau penyelenggaraan sekira perlu.


Terima kasih.


No comments:

Post a Comment