Pemasangan Injap Air Masuk Pada Feeder Tank

Nanti musim panas, paras air selalu berkurangan. Jadi untuk mengelakkan masaalah, hari ini saya pasang injap air masuk yang mengunakan pelampung.

Pemasangan perlu dibuat pada feeder tank dimana paras air pada tanki ini akan surut bila air banya kering di sistem akuaponik.


Pemasangan sangat mudah, saya beli float valve di Shopee dan pasang. Harap dapat bertahan lama, kerana pancaran matahari mungkin merosakkan injap.





Pemindahan Anak Pokok Cara Ringkas ke Gutterbed

Post sebelum ini saya tunjukkan cara memindahkan anak anak pokok ke pasu gutterbed. Kali ini saya menggunakan kaedah yang sama tetapi tidak menggunakan basin sebagai bekas air. Saya gunakan gutterbed sebagai takungan.


Terima kasih

Pasang Coupling Pada Paip Air Masuk

Sistem akuaponik mempunyai paip paip yang perlu diselenggara dari masa ke semasa, jadi untuk memudahkan kerja ini saya pasang coupling. Coupling ini boleh didapati dari kedai peralatan logam dengan harga sekitar RM10.00 satu.


Pemasangan sangat mudah, coupling ini ada beberapa saiz dan ada yang “threaded” dan ada yang untuk mengunakan gam pvc. Pemasangan pada sistem saya tidak memerlukan gam, tetapi cukup sekadar pemasangan dengan kemas supaya tidak kebocoran.


Secara keseluruhan satu coupling, kepanjangan paip perlu dikurangkan dalam 5mm oleh kerana tambahan pada coupling ini.


Okey, lepas ini mudah sangat untuk membuat perubahan atau penyelenggaraan sekira perlu.


Terima kasih.


Pindah Anak Pokok Ke Pasu Akuaponik

Cara yang saya selalu guna bila mahu memindahkan anak anak pokok ke pasu akuaponik.























Terima Kasih.

Set Akuaponik Satu Barrel - Kembali

Set akuaponik satu barrel yang saya reka bentuk 10 tahun lepas, hari ini untuk memperigati saya buat satu lagi sebagai kenangan.


Ini salah satu reka bentuk saya yang telah digunakan di merata rata.

Terima kasih